Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Diam tak diam, hari ini sudah hampir melangkaui 25hb Januari 2011. Perlancaran Uptown Klang semakin dekat menghampiri. Tarikh 16hb Februari 2011 terasa bagaikan akan mudik esuk hari. Sebenarnya, untuk yang tidak mengetahui, pihak kami menjalankan adunan promosi dan hebahan-hebahan perlancaran Uptown Klang ini berdasarkan acuan pengalaman-pengalaman ekspo-ekspo dan karnival-karnival yang telah dan pernah dianjurkan oleh kami sebelum ini.
Pendekatan promosi terus kepada masyarakat-masyarakat dengan menggunakan kereta promosi yang memasuki setiap pelusuk kampung-kampung dilihat oleh pihak kami dapat terus pemberitahuan kepada orang awam bahawa Uptown Klang dibawah versi pengurusan baru akan dilancarkan semula tidak lama lagi. Promosi kereta hebahan ini akan berterusan dan diharapkan menjadi sebagai media hebahan utama kepada semua.
Uptown Klang yang akan dilancarkan ini juga akan mengutamakan pemasaran atau jualan setiap peniaga-peniaga terlibat. Pihak kami akan mengadakan cabutan bertuah setiap bulan bagi menarik minat pengunjung-pengunjung membeli di Uptown Klang. Dengan pembelian Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10), setiap pembeli akan mendapat satu kupon untuk penyertaan cabutan bertuah. Sistem kupon cabutan bertuah ini juga diharapkan oleh pihak kami untuk menjadi sebagai satu cara menilai keupayaan ekonomi setiap peniaga-peniaga terlibat dengan Uptown Klang.
Disamping itu juga, pihak kami mengharapkan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan anak-anak yatim dengan pengwujudan dana atau tabung anak yatim akan memberikan impak positif kepada semua yang terlibat dengan Uptown Klang ini. Konsep perkongsian pendapatan bersama dengan mereka yang memerlukan ini amat diutamakan supaya sentiasa timbul sifat keperihatinan kepada insan-insan yang mengharapkan secebis kasih sayang ini.
Perlaksanaan Uptown Klang ini juga akan sentiasa diwarnai dengan pelbagai persembahan dan program-program yang disusun atur untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Persembahan artis-artis terkenal yang bakal disusun ini diharapkan akan dapat menarik kehadiran pengunjung-pengunjung kelokasi Uptown Klang setiap hari. Selain daripada program berbentuk hiburan, pihak kami juga akan mengadakan program-program berbentuk ilmiah keagamaan dari masa ke semasa....
- bersambung pada coretan akan datang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.