Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada saya untuk mengharungi kehidupan ini.Sedar tak sedar sekarang dah 16hb Mac 2011 dah. Cepat sangat masa berlalu. Dah separuh bulan Mac dah.
Perancangan program Uptown Setia Avenue (Setia Alam) masih lagi tertunda akibat jumlah lot belum memenuhi kuota seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Setia Avenue, SP Setia Group. Disamping itu juga ada timbul pelbagai spekulasi dikalangan usahawan-usahawan yang telah mendaftar. Ada yang kecewa, ada yang menunggu dan menunggu, ada yang memahami dan ada pelbagai yang ada seperti macam 'surat khabar'. Macam-macam berita yang ada. bercampur baur membuat jawapan tanpa menghubungi kami atau saya bertanyakan status yang sebenar, kenapa dan mengapa. Bagi yang positif, alhamdulillah kami tidak akan menghampakan mereka. Itu JANJI kami.
Dipihak saya, kami tabah mengharungi segalanya dan penundaan ini sebenarnya amat bagus dipandangan mata hati saya. Saya berpendapat, jika sesuatu 'event' seperti ini (Uptown) atau seumpamanya, tidak boleh dimulakan didalam keadaan yang kelam kabut terutamanya bila jumlah lot yang bilangannya amat kecil.
Bila satu jangkamasa tertentu diambil didalam sesuatu perlaksanaannya, pihak Agensi Pengurusan seperti kami dapat memperkuatkan kerja-kerja promosi, pemasaran, publisiti dan lain-lain semoga ia kekal dan bertahan tanpa goyah seperti Uptown Shah Alam dan lain-lain. Beroperasi sehingga kalau boleh untuk selagi hayat kita semua yang terlibat atau selamanya selagi dikandung badan.
Jumlah bilangan lot disesuatu program amat mempengaruhi perjalanan dan jumlah pengunjung terutamanya untuk harian. Bayangkan jika kami memanggil artis tersohor sekalipun untuk pembukaannya atau untuk hari-hari biasanya, tetapi peniaga-peniaga hanya ada sepuluh (10) hingga ke dua puluh (20) lot sahaja, apa amplikasinya. Percayalah bahawa selepas itu, pengunjung-pengunjung hanya akan datang bila ada persembahan (show) atau program sahaja selepas itu kerana pilihan barangan tidak mencukupi untuk menarik mereka secara harian malahan bila jumlah lot yang kecil ini beroperasi dirisaukan hanya gah peniaga dilokasi tetapi pengunjungnya kosong. Maka, jangka hayatnya....
Selain daripada itu, untuk melaksanakan sesuatu program seumpamanya kadang-kadang yang licin lancar tiba-tiba akan terganggu atau perlahan dek kerana pelbagai ragam sesetengah pihak yang sengaja atau dengan tidak sengaja atau terpaksa malahan kerana protokol pun atau mereka mempunyai kuasa bagi melambat-lambatkan sesuatu dengan arahan tertentu. Kita yang bernaung dibawah nama peniaga atau usahawan kecil inilah yang menjadi mangsa.
Dan yang pasti, saya yakin, bila dilancarkan sahaja nanti program ini, maka, akan wujudlah satu lagi antara program yang amat disegani oleh semua pesaing-pesaingnya malahan ditakuti jika pihak kami dan usahawan-usahawan terlibat bekerjasama erat demi kemajuan bersama. Amin.
Terima Kasih.

- bersambung pada coretan akan datang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.