Perbincangan bersama Cik Nurul Najwa Binti Mohd Amin (Najwa) Mall Operation Manager, Tesco Puchong amat positif dan mendapat sokongan yang amat baik daripada beliau. Tesco Puchong amat mengalu-ngalukan program-program yang berbentuk komuniti dan kemasyarakatan khususnya untuk rakyat setempat Puchong seperti yang direncanakan oleh Alam Gapura Group ini.
Alam Gapura Group akan menjalankan Karnival Usahawan diperkarangan hadapan Hypermarket Tesco Puchong pada 21hb Jun sehingga 30hb Jun 2011. Jangkamasa 10 hari perlaksanaannya akan dipenuhkan dengan pelbagai program-program yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Ini adalah lokasi kedua untuk perlaksanaan seumpamanya oleh pihak Alam Gapura Group di Negeri Selangor dan Tesco Puchong pada dasarnya memberikan sokongan padu kepada perlaksanaan Karnival Usahawan ini.
Lawatan Tapak Bersama Usahawan2 Pada 7hb Jun 2011 |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.