Tuesday, March 1, 2011
Karnival Usahawan Malaysia 2011 Akan Dimulakan Di Kuala Selangor..
Perlaksanaan program Karnival Usahawan Malaysia tahun ini akan dimulakan di sekitar bandar Kuala Selangor dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti dan program bersistematik untuk merealisasikannya dengan lebih jitu demi kemajuan kearah pembangunan keusahawanan. Karnival Usahawan Malaysia ini mengetengahkan konsep sedia ada ekspo atau karnival yang dipopularkannya disekitar utara Negara kita sebelum ini oleh Alam Gapura Group terutamanya untuk perniagaan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Program ini khususnya kepada mereka yang baru cuba menjinakkan diri didalam keusahawanan. Konsep ini mempunyai potensi yang amat besar bagi menukar persepsi serta mampu mencetuskan satu fenomena baru bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk memenuhi dan mengimarahkan Karnival Usahawan Malaysia ini.
Perlaksanaan program adalah berbentuk riadah kekeluargaan dengan kepelbagaian program bersistematik yang bakal diisi ini akan menjadi satu landasan dalam keberkesanan program Karnival Usahawan Malaysia ini. Alam Gapura Group Sdn. Bhd. akan bertindak sebagai badan pengelola yang akan mentadbir dan menguruskan serta memberi khidmat nasihat kearah peningkatan jumlah jualan dan memberi publisiti yang lebih meluas untuk menarik lebih ramai pengunjung berdasarkan pengalaman sedia ada dilihat mampu merealisasikannya sebagai satu lokasi yang bakal berjaya kelak bersesuaian dengan konsepnya.
Karnival Usahawan Malaysia akan menjadi pusat sehenti serta menjadi tempat persingahan untuk bersantai dan istirehat kepada semua golongan disamping kepelbagaian barangan dan produk kelak yang boleh didapati disini. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Azahari Bin Sairin, Setiausaha, Majlis Daerah Kuala Selangor kerana menyokong dan memberikan dorongan positif kepada program ini. Tarikh perlaksanaan program ialah pada 22hb April 2011 sehingga 8hb Mei 2011 iaitu selama 17 hari.
·
Monday, February 28, 2011
Terima Kasih Elly Astro Awani
Alam Gapura Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Elly Wartawan Astro Awani yang sudi berhubung dan akan menghulurkan bantuan dalam memeriahkan setiap program-program yang dikelolakan oleh kami. Semoga kerjasama ini tiada noktahnya.
Terima Kasih....
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Pena Pengarah Urusan 4
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Selepas mesyuarat bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Balai Polis Setia Alam jam 9.00 malam 24hb Februari 2011 hari Khamis, pihak kami bertambah lebih aktif untuk mendapatkan usahawan-usahawan yang berminat bagi menyertai Uptown Setia Avenue (Setia Alam) yang akan direalisasikan bersebelahan Tesco Setia Alam.
Berpandukan kepada keputusan mesyuarat berkenaan, sedikit kelegaan dihati saya bila mana Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 21 melalui Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21) berjanji dan sebulat suara akan membantu segala berkaitan lokasi baru berkenaan bagi melancarkan perjalanan permohonan lokasi daripada SP Setia dan permit atau lesen Majlis Bandaraya Shah Alam. MPP Zon 21 juga akan turut serta memberikan sokongan padu. Itulah yang diputuskan mesyuarat berkenaan.
Kenapa lokasi asal permohonan ditolak? Permohonan berkenaan ditolak oleh MPP Zon 21 kerana beberapa sebab yang diputuskan MPP Zon 21 pada malam mesyuarat berkenaan:-
1. Program ini dikhuatiri akan menjadi kacau ganggu kepada penduduk yang rata-rata golongan sederhana keatas akibat perlaksanaan program pentas dan kehadiran pengunjung-pengunjung yang sukar dikawal dan lain-lain.
2. Program ini juga dijangkakan akan bertembung dengan pasar malam sedia ada iaitu diantara pasar malam yang terbesar di Selangor, 1000 lot pada setiap hari Sabtu. Ini akan melibatkan kekurangan atau permasalah 'parking' kepada pengunjung-pengunjung.
3. MPP Zon 21 risau andai program ini diteruskan akan memberikan impak kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dilokasi berkenaan atau pendek kata peniaga-peniaga yang menyewa lot-lot kedai di situ. Kerisauan ini adalah akibat takut mereka tidak dapat menjalankan peniaga dan automatiknya melibatkan pembayaran cukai pintu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.
4. MPP Zon 21 juga menginginkan kawasan Setia Avenue dimajukan oleh atau dengan perlaksanaan program ini kerana prasarana-prasarana dilokasi berkenaan dianggap sesuai kepada program ini.
5. Lokasi asal yang dipohon oleh pihak kami tidak berturap atau berumput ini dikhuatiri akan becak atau berlumpur bila hujan dan ini dianggap tidak sesuai kepada konsep perniagaan uptown ini.
6. Keselamatan dan kehadiran pendatang-pendatang asing yang ramai dikawasan ini juga dikhuatiri akan menganggu penduduk-penduduk setempat.
7. Dan lain-lain perkara lagi... banyak isu-isunya....
Jadi, dari pemahaman peribadi saya diatas sebab-sebab diatas, jauh disudut hati saya terdetik bahawa, MPP Zon 21 amat penuh dengan kerisauan dan menjangkakan program uptown ini akan meletup dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan diluar jangkaan biasa atau AMAT LUAR BIASA.....
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang
Thursday, February 24, 2011
Mesyuarat Penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21
Mesyuarat berkenaan perlaksanaan penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 telah diadakan hari ini 24hb Februari 2011, jam 9.00 malam bertempat di Balai Polis Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Turut hadir ialah YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA), Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21), Encik Tan Chee Keong (MPP Zon 21 / Nazir Sekolah), Kopral Ramli (wakil Sarjan Azami), Cik Siti Norsya Bt Mudzir PTO MPP dan semua Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk.
Mesyuarat ini telah mencadangkan lokasi ditukarkan bersebelahan Pasaraya Tesco Setia Alam (Setia Avenue) diatas beberapa sebab seperti kemudahan-kemudahan untuk pengguna dan lain-lain berkaitan. Lokasi yang dicadangkan ini juga adalah satu kawasan berturap tar yang mempunyai bangunan-bangunan moden.
Lokasi berkaitan yang berjauhan dari kawasan penempatan atau penduduk telah diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk mengadakan pelbagai jenis persembahan pentas dan lain-lain tanpa sekatan yang ketat malahan dimaklumkan juga bahawa lokasi berkenaan dalam proses mewujudkan pub-pub dan pusat hiburannya yang lain. Program ini juga kelak akan diadakan secara bekerjasama dan dibantu oleh MPP Zon 21 dan Polis DiRaja Malaysia kearah keberjayaannya kelak seperti saranan oleh Ahli Majlisnya.
Terima kasih kepada YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) dan MPP Zon 21 kerana telah memberikan ruang kepada pihak kami untuk merealisasikan Uptown Setia Alam ini demi Kearah Pembangunan Keusahawanan ini. Terima Kasih.
Mesyuarat ini telah mencadangkan lokasi ditukarkan bersebelahan Pasaraya Tesco Setia Alam (Setia Avenue) diatas beberapa sebab seperti kemudahan-kemudahan untuk pengguna dan lain-lain berkaitan. Lokasi yang dicadangkan ini juga adalah satu kawasan berturap tar yang mempunyai bangunan-bangunan moden.
Lokasi berkaitan yang berjauhan dari kawasan penempatan atau penduduk telah diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk mengadakan pelbagai jenis persembahan pentas dan lain-lain tanpa sekatan yang ketat malahan dimaklumkan juga bahawa lokasi berkenaan dalam proses mewujudkan pub-pub dan pusat hiburannya yang lain. Program ini juga kelak akan diadakan secara bekerjasama dan dibantu oleh MPP Zon 21 dan Polis DiRaja Malaysia kearah keberjayaannya kelak seperti saranan oleh Ahli Majlisnya.
Terima kasih kepada YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) dan MPP Zon 21 kerana telah memberikan ruang kepada pihak kami untuk merealisasikan Uptown Setia Alam ini demi Kearah Pembangunan Keusahawanan ini. Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




