Saturday, February 26, 2011

Pena Pengarah Urusan 4


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Selepas mesyuarat bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Balai Polis Setia Alam jam 9.00 malam 24hb Februari 2011 hari Khamis, pihak kami bertambah lebih aktif untuk mendapatkan usahawan-usahawan yang berminat bagi menyertai Uptown Setia Avenue (Setia Alam) yang akan direalisasikan bersebelahan Tesco Setia Alam.
Berpandukan kepada keputusan mesyuarat berkenaan, sedikit kelegaan dihati saya bila mana Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 21 melalui Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21) berjanji dan sebulat suara akan membantu segala berkaitan lokasi baru berkenaan bagi melancarkan perjalanan permohonan lokasi daripada SP Setia dan permit atau lesen Majlis Bandaraya Shah Alam. MPP Zon 21 juga akan turut serta memberikan sokongan padu. Itulah yang diputuskan mesyuarat berkenaan.

Kenapa lokasi asal permohonan ditolak? Permohonan berkenaan ditolak oleh MPP Zon 21 kerana beberapa sebab yang diputuskan MPP Zon 21 pada malam mesyuarat berkenaan:-

1.  Program ini dikhuatiri akan menjadi kacau ganggu kepada penduduk yang rata-rata golongan sederhana keatas akibat perlaksanaan program pentas dan kehadiran pengunjung-pengunjung yang sukar dikawal dan lain-lain.

2. Program ini juga dijangkakan akan bertembung dengan pasar malam sedia ada iaitu diantara pasar malam yang terbesar di Selangor, 1000 lot pada setiap hari Sabtu.  Ini akan melibatkan kekurangan atau permasalah 'parking' kepada pengunjung-pengunjung.

3. MPP Zon 21 risau andai program ini diteruskan akan memberikan impak kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dilokasi berkenaan atau pendek kata peniaga-peniaga yang menyewa lot-lot kedai di situ. Kerisauan ini adalah akibat takut mereka tidak dapat menjalankan peniaga dan automatiknya melibatkan pembayaran cukai pintu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.

4. MPP Zon 21 juga menginginkan kawasan Setia Avenue dimajukan oleh atau dengan perlaksanaan program ini kerana prasarana-prasarana dilokasi berkenaan dianggap sesuai kepada program ini.

5. Lokasi asal yang dipohon oleh pihak kami tidak berturap atau berumput ini dikhuatiri akan becak atau berlumpur bila hujan dan ini dianggap tidak sesuai kepada konsep perniagaan uptown ini.

6. Keselamatan dan kehadiran pendatang-pendatang asing yang ramai dikawasan ini juga dikhuatiri akan menganggu penduduk-penduduk setempat.

7. Dan lain-lain perkara lagi... banyak isu-isunya....

Jadi, dari pemahaman peribadi saya diatas sebab-sebab diatas, jauh disudut hati saya terdetik bahawa, MPP Zon 21 amat penuh dengan kerisauan dan menjangkakan program uptown ini akan meletup dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan diluar jangkaan biasa atau AMAT LUAR BIASA.....
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.