Thursday, February 17, 2011

Pena Pengarah Urusan 3


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Semalam adalah hari pertama perlancaran semula Uptown Klang selepas sekian lama. Perlancaran semula ini sebenarnya kepada saya bersifatkan satu kajian permasaran lokasi terbabit sementara mencuba untuk memaksimumkan pendapatan usahawan-usahawan terbabit disamping saya melihat keadaan dan status lokasi ini sama ada ia benar-benar bagus atau layak untuk terus dilaksanakan konsep 'uptown' ini atau sebaliknya.
Dengan jumlah lot yang mencukupi untuk perlancarannya, promosi yang telah dibuat dan dilaksanakan, saya menjangkakan kehadiran pegunjung pastinya tidak kurang daripada seribu orang, sepatutnya. Jumlah risalah yang diedarkan mencecah 6000 unit dan sistem pesanan melalui email telah dihantar kepada sekurang-kurangnya 800 pengguna dan hebahan melalui kereta bergerak telah menjelajah hampir sebulan lebih.
Malam menjelma ketika malam pertamanya, mengejutkan dan lain-lain bila kehadiran pengunjung-pengunjung tidak seperti yang direncanakan. Apa yang tidak kena? Artis yang dibawakan juga bukan sebarangan artis. Amat kuat auranya.... namun mengapa begini.
Dan akhirnya, keputusan drastik perlu saya ambil seberapa segera tanpa lengah lagi..iaitu, mencari tapak lokasi lain, baru, yang hidup tanpa berlengah lagi. Hanya satu yang mampu terucap kepada usahawan-usahawan yang ada ketika ini, terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan dan KEPERCAYAAN INI TIDAK AKAN SAYA HAMPAKAN.
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.