Biodata Pengarah Urusan


Noor Asmadi Bin  Saad atau lebih dikenali sebagai Asmadi berasal dari Negeri Perlis Indera Kayangan dan dilahirkan pada tahun 1975. Anak kelahiran Negeri Perlis ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah terbaik di Malaysia dalam pengurusan acara dan korporat dimasa depan bermula sekarang. 
Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik, dan mula menceburkan diri dalam bidang pengurusan ketika masih menuntut lagi kerana minatnya yang mendalam kepada pengurusan acara ini.

Pendidikan awalan bermula disebuah sekolah cina di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang dan seterusnya bersama keluarga berpindah ke Negeri Perlis. Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar sebelum berpindah bersama keluarga ke kampung sekarang dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping, Perlis sehingga Darjah Enam.


Disebabkan keputusan Penilaian Darjah Lima ketika itu yang memberangsangkan, beliau telah memasuki Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Tunjung, Perlis dan memulakan persekolah menengah didalam kelas khas iaitu Rancangan Khas. Pada ketika ini, beliau telah terpilih untuk mewakili Negeri Perlis untuk kejohanan-kejohanan bolasepak peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Perlis.


Kemudian, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah iaitu sebuah sekolah projek bolasepak dalam Negeri Kedah di Daerah Kubang Pasu  dan  pada ketika itu beliau mewakili Negeri Kedah pada kejohanan MSN peringkat Kebangsaan. Sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam beliau sempat menjadi pemain bolasepak kontrak Negeri Perlis yang pada ketika itu dibawah jurulatih Norizan Bakar dan bersama pasukan Piala Presiden Negeri Perlis, pasukannya telah sampai ke separuh akhir. 


Ketika berada di UiTM, beliau mewakili UiTM dalam sukan bolasepak keperingkat Kejohanan Antara Universiti-universiti dan bersama-sama mencapai Johan Bolasepak ketika itu. Disamping itu juga, beliau merupakan Presiden Jati Motor Club (JMC) iaitu sebuah kelab motosikal yang ditubuhkan di Kolej Jati, UiTM Shah Alam. Konvoi JMC paling jauh ialah ke Selatan Thailand, Langkawi dan Utara  Tanahair dari Shah Alam yang ditaja oleh Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia ketika itu. Pada masa itu juga, beliau merupakan Wartawan sementara bersama Majalah Gear Malaysia dan aktif darisegi sukan permotoran.


Setelah tamat belajar, beliau memulakan kerjaya di KLIA sebagai Travel Consultant sebelum berpindah kembali ke Shah Alam setelah mendapat tawaran sebagai Pengurus Dataran Usahawan Selangor (DUS) iaitu sebuah badan atau agensi yang diwujudkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk membantu, menjaga dan segalanya berkaitan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Selangor. 


Antara program yang direalisasikannya ketika bersama DUS dan berjaya hingga hari ini ialah projek Uptown Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alam dan Pasar Seri di Pasaraya Giant Hypermarket, Seksyen 13, Shah Alam. Pada ketika itu juga, beliau aktif dengan permotoran dan merupakan Pengerusi Kelab Rekreasi & Sukan Bermotor Negeri Selangor yang pada ketika itu dinaungi oleh YB. Dato' Ahmad Nawawi Dato' M. Zin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor ketika itu.

Antara lain-lain program yang telah diuruskan dan dikoordinasikan oleh beliau ialah Karnival Jelajah Usahawan IKS Negeri Selangor, Shah Alam Scooter's Days 2004, 2005 & 2006 dan HotFM Big Jam pertama di Dataran Shah Alam.



Biodata Ringkas

Nama Penuh : Noor Asmadi Bin Saad
Nama Panggilan : Asmadi Saad
Tarikh Lahir : 6hb Ogos 1975
Umur : 41 Tahun
Asal : Kampung Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula, 02500 Chuping, Perlis
Zodiak : Leo
Pendidikan : Universiti Teknologi Mara & Universiti Malaya
No. Tel : 017 - 2526670



BLOG: http://alamgapura-group.blogspot.com

ADD FACEBOOK:  

FOLLOW TWITTER:  

FACEBOOK PAGE: KARNIVAL USAHAWAN MALAYSIA


Moto : Tiada Sesiapa Pun Akan Dapat Membantu Diri Kita Sebaik Diri Kita Sendiri Kecuali Kita Sendiri Dengan Izin Allah S.W.T.



Kekanda Asmadi AlamGapura ///