Monday, February 28, 2011

Lokasi Cadangan Untuk Perlaksanaan Uptown Setia Avenue (Setia Alam)



















Terima Kasih Elly Astro Awani

Alam Gapura Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Elly Wartawan Astro Awani yang sudi berhubung dan akan menghulurkan bantuan dalam memeriahkan setiap program-program yang dikelolakan oleh kami. Semoga kerjasama ini tiada noktahnya.
Terima Kasih....

Saturday, February 26, 2011

Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan

Pena Pengarah Urusan 4


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Selepas mesyuarat bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Balai Polis Setia Alam jam 9.00 malam 24hb Februari 2011 hari Khamis, pihak kami bertambah lebih aktif untuk mendapatkan usahawan-usahawan yang berminat bagi menyertai Uptown Setia Avenue (Setia Alam) yang akan direalisasikan bersebelahan Tesco Setia Alam.
Berpandukan kepada keputusan mesyuarat berkenaan, sedikit kelegaan dihati saya bila mana Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 21 melalui Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21) berjanji dan sebulat suara akan membantu segala berkaitan lokasi baru berkenaan bagi melancarkan perjalanan permohonan lokasi daripada SP Setia dan permit atau lesen Majlis Bandaraya Shah Alam. MPP Zon 21 juga akan turut serta memberikan sokongan padu. Itulah yang diputuskan mesyuarat berkenaan.

Kenapa lokasi asal permohonan ditolak? Permohonan berkenaan ditolak oleh MPP Zon 21 kerana beberapa sebab yang diputuskan MPP Zon 21 pada malam mesyuarat berkenaan:-

1.  Program ini dikhuatiri akan menjadi kacau ganggu kepada penduduk yang rata-rata golongan sederhana keatas akibat perlaksanaan program pentas dan kehadiran pengunjung-pengunjung yang sukar dikawal dan lain-lain.

2. Program ini juga dijangkakan akan bertembung dengan pasar malam sedia ada iaitu diantara pasar malam yang terbesar di Selangor, 1000 lot pada setiap hari Sabtu.  Ini akan melibatkan kekurangan atau permasalah 'parking' kepada pengunjung-pengunjung.

3. MPP Zon 21 risau andai program ini diteruskan akan memberikan impak kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dilokasi berkenaan atau pendek kata peniaga-peniaga yang menyewa lot-lot kedai di situ. Kerisauan ini adalah akibat takut mereka tidak dapat menjalankan peniaga dan automatiknya melibatkan pembayaran cukai pintu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.

4. MPP Zon 21 juga menginginkan kawasan Setia Avenue dimajukan oleh atau dengan perlaksanaan program ini kerana prasarana-prasarana dilokasi berkenaan dianggap sesuai kepada program ini.

5. Lokasi asal yang dipohon oleh pihak kami tidak berturap atau berumput ini dikhuatiri akan becak atau berlumpur bila hujan dan ini dianggap tidak sesuai kepada konsep perniagaan uptown ini.

6. Keselamatan dan kehadiran pendatang-pendatang asing yang ramai dikawasan ini juga dikhuatiri akan menganggu penduduk-penduduk setempat.

7. Dan lain-lain perkara lagi... banyak isu-isunya....

Jadi, dari pemahaman peribadi saya diatas sebab-sebab diatas, jauh disudut hati saya terdetik bahawa, MPP Zon 21 amat penuh dengan kerisauan dan menjangkakan program uptown ini akan meletup dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan diluar jangkaan biasa atau AMAT LUAR BIASA.....
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Thursday, February 24, 2011

Logo baru program Setia Alam


Mesyuarat Penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21

Mesyuarat berkenaan perlaksanaan penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 telah diadakan hari ini 24hb Februari 2011, jam 9.00 malam bertempat di Balai Polis Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Turut hadir ialah YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA), Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21), Encik Tan Chee Keong (MPP Zon 21 / Nazir Sekolah), Kopral Ramli (wakil Sarjan Azami), Cik Siti Norsya Bt Mudzir PTO MPP dan semua Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk.
Mesyuarat ini telah mencadangkan lokasi ditukarkan bersebelahan Pasaraya Tesco Setia Alam (Setia Avenue) diatas beberapa sebab seperti kemudahan-kemudahan untuk pengguna dan lain-lain berkaitan. Lokasi yang dicadangkan ini juga adalah satu kawasan berturap tar yang mempunyai bangunan-bangunan moden.
Lokasi berkaitan yang berjauhan dari kawasan penempatan atau penduduk telah diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk mengadakan pelbagai jenis persembahan pentas dan lain-lain tanpa sekatan yang ketat malahan dimaklumkan juga bahawa lokasi berkenaan dalam proses mewujudkan pub-pub dan pusat hiburannya yang lain. Program ini juga kelak akan diadakan secara bekerjasama dan dibantu oleh MPP Zon 21 dan Polis DiRaja Malaysia kearah keberjayaannya kelak seperti saranan oleh Ahli Majlisnya.
Terima kasih kepada YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) dan MPP Zon 21 kerana telah memberikan ruang kepada pihak kami untuk merealisasikan Uptown Setia Alam ini demi Kearah Pembangunan Keusahawanan ini. Terima Kasih.











Monday, February 21, 2011

Kearah Perlaksanaan Uptown Setia Alam...


Satu perbincangan dan penerangan tidak formal berkenaan perlaksanaan Uptown Setia Alam bersama Cik Siti Norsya Binti Mudzir, PTO MPP Zon 21 (Pegawai Khas Y.Bhg Encik Ang Leng Kiat, Ahli Majlis MBSA MPP Zon 21) pada 21hb Februari 2011. Tarikh cadangan perlaksanaannya ialah pada 1hb Mac 2011 ini. Alam Gapura Group akan mengadakan perbentangan secara formal kepada MPP Zon 21 dan Persatuan Penduduk U13 berkenaan perlaksanaan Uptown Setia Alam pada 24hb Februari 2011 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Balai Polis Komuniti, Balai Polis Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam.
Sasaran Alam Gapura Group sekarang ialah pembukaan Uptown Setia Alam ini seawal 1hb Mac 2011 (Selasa) atau selewat-lewatnya pembukaannya pada 16hb Mac 2011 (Rabu) dan keadaan ini adalah bergantung kepada permintaan dan kesediaan semua fasiliti-fasiliti untuk keselesaan usahawan-usahawan terlibat dengan uptown ini.

Sunday, February 20, 2011

Lokasi Uptown Setia Alam...









Uptown Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam

Maklumat Uptown Setia Alam...


Sewa Bulanan Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja (RM300)
Keseluruhan Bayaran / Deposit Awalan 1 + 1 = Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600)
Saiz Untuk Satu Lot 10’ x 10’
Bayaran Sewaan Adalah Termasuk :-
1)    Kanopi (Pasang Buka Setiap Hari Oleh Pengurusan)
2)    Pembekalan Elektrik Dan Pendawaian Utama Sahaja
3)    Lesen Berkelompok Oleh Agensi Pengurusan.
Tarikh Jangkaan Mula Perniagaan Seawal 1hb Mac 2011 atau Selewat 16hb Mac 2011
Syarat / Tempoh  Perniagaan
1)    Masa Operasi Perniagaan ~ Buka 8.00 Malam Tutup 1.00 Pagi
2)    Pembayaran Sewaan Bulanan Ialah Sebelum Lima (5) Haribulan Setiap Bulan
3)    Tempoh Perniagaan Wajib : Tiga (3) Bulan Pertama Tidak Boleh Menarik Diri
4)    Cuti Perniagaan Tidak Boleh Melebihi Tujuh (7) Hari Untuk Setiap Bulan Dan Mesti Mengisi Borang Cuti Yang Disediakan Oleh Pengurusan Sebelum Bercuti.
5)    Cuti Melebihi Tujuh (7) Hari Dalam Sebulan Akan Di Denda Sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5) Sehari Dan Akan Ditolak Daripada Deposit Awalan.
6)    Notis Penamatan Perniagaan Perlu Dibuat Bertulis Sebulan Dari Tarikh Berkaitan Atau Akan Ditolak Deposit Awalan
Pemilihan Lot Berdasarkan Pembayaran Dahulu Dan Pilih Lot
Jumlah Lot : 50 Lot Sahaja (Tertakluk Kepada Perubahan / Keluasan Lokasi)
Lain-lain Syarat Adalah Tertakluk Kepada Dan Dalam Perjanjian Kelak / Perbincangan.


Saturday, February 19, 2011

Akan dibuka Uptown Setia Alam...

Uptown Setia Alam dijangkakan akan dibuka pada awal Mac 2011 ini di Pusat Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam berhadapan dengan Balai Polis Setia Alam dan pembukaannya juga akan menandakan tamatnya program Uptown Klang (Mutiara Point Business Park) yang diuruskan oleh Alam Gapura Group diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Konsep uptown ini adalah seumpama Uptown Danau Kota iaitu kanopi dipasang buka setiap hari.
Pihak Pengurusan akan menyediakan kanopi dan pembekalan elektrik untuk semua usahawan-usahawan terlibat dan harga sewaannya masih didalam perbincangan bersama pihak-pihak berkaitan. Perbincangan bersama Sarjan Azami, Ketua Balai, Balai Polis Setia Alam  pada  18hb Februari 2011 (Jumaat) telah menampak positif pengwujudannya dan amat disokong oleh Polis DiRaja Malaysia.

Thursday, February 17, 2011

Pena Pengarah Urusan 3


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Semalam adalah hari pertama perlancaran semula Uptown Klang selepas sekian lama. Perlancaran semula ini sebenarnya kepada saya bersifatkan satu kajian permasaran lokasi terbabit sementara mencuba untuk memaksimumkan pendapatan usahawan-usahawan terbabit disamping saya melihat keadaan dan status lokasi ini sama ada ia benar-benar bagus atau layak untuk terus dilaksanakan konsep 'uptown' ini atau sebaliknya.
Dengan jumlah lot yang mencukupi untuk perlancarannya, promosi yang telah dibuat dan dilaksanakan, saya menjangkakan kehadiran pegunjung pastinya tidak kurang daripada seribu orang, sepatutnya. Jumlah risalah yang diedarkan mencecah 6000 unit dan sistem pesanan melalui email telah dihantar kepada sekurang-kurangnya 800 pengguna dan hebahan melalui kereta bergerak telah menjelajah hampir sebulan lebih.
Malam menjelma ketika malam pertamanya, mengejutkan dan lain-lain bila kehadiran pengunjung-pengunjung tidak seperti yang direncanakan. Apa yang tidak kena? Artis yang dibawakan juga bukan sebarangan artis. Amat kuat auranya.... namun mengapa begini.
Dan akhirnya, keputusan drastik perlu saya ambil seberapa segera tanpa lengah lagi..iaitu, mencari tapak lokasi lain, baru, yang hidup tanpa berlengah lagi. Hanya satu yang mampu terucap kepada usahawan-usahawan yang ada ketika ini, terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan dan KEPERCAYAAN INI TIDAK AKAN SAYA HAMPAKAN.
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Saturday, February 12, 2011

JRock Band Malaysia @ Uptown Klang

JRock Band Malaysia akan mengadakan persembahan di Uptown Klang pada 25hb Februari 2011. Antara JRock Band Malaysia yang akan mengadakan persembahan ialah L Isin Lurve, Silent Stage, Fleur-De-Lys, Sky dan Gensekei. Ini adalah persembahan pertama "Live Band' himpunan JRock Band yang mula menempah nama dan mendapat perhatian anak-anak muda ini. 
Pihak Uptown Klang amat mengalu-ngalukan semua jenis genre muzik untuk mengadakan persembahan disini. Tahniah kepada JRock Band Malaysia diatas keberanian mengetengahkan genre muzik mereka.

Friday, February 11, 2011

Pena Pengarah Urusan 2


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Semalam alhamdulillah kami atau kita telah berjaya mengadakan mesyuarat pada 11hb Februari 2011, jam 9.30 malam dipejabat kami (Lokasi Uptown Klang) untuk perlancaran dan pembukaan Uptown Klang pada 16hb Februari 2011 ini. Kehadiran peserta-peserta baru yang berminat amat mengalakkan. Jutaan terima kasih dengan saya ucapkan kepada semua yang hadir untuk merealisasikannya.
Namun, timbul jutaan kekecewaan apabila saya sendiri yang tidak berada didalam keadaan yang selesa atau benar-benar sihat untuk memberikan taklimat berkaitan. Ini membuatkan rasa yang amat kecewa kapada saya walhal didalam hati ini saya kegirangan yang teramat sangat disebabkan penjenamaan semula ini mendapat sambutan yang diluar jangkaan.
Terima kasih kepada usahawan-usahawan yang datang memahami situasi saya sekarang dan kita akan berjumpa lagi pada 16hb Februari 2011 ini dan semoga pada tarikh berkenaan keadaan saya akan sembuh dan dan dapat berinteraksi dengan semua usahawan-usahawan terlibat dengan Uptown Klang ini. Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Pembukaan Uptown Klang

MAKLUMAN. Mesyuarat pembukaan dan pemilihan lot-lot atau tapak Uptown Klang akan diadakan pada 11/02/11 (Jumaat) 9.30 mlm dipejabat pengurusan. Kehadiran adalah WAJIB. Sebarang pertanyaan sila hubungi Aja : 017-2466587.