Wednesday, January 26, 2011

Persembahan Blank Gamma dan beberapa artis popular pada 16hb Februari 2011

Noor Asmadi Bin Saad (Pengarah Urusan Alam Gapura Group) bersama Blank Gamma
Pertemuan bersama vokalis lagu 'evergreen' Kembang Terhalang dari kumpulan Gamma iaitu Blank semalam mendapat persetujuan untuk beliau mengadakan persembahan pada malam perlancaran semula Uptown Klang bersama pengurusan baru amat positif. Beliau bersetuju untuk memeriahkan lagi perlancaran dan akan membawa beberapa artis-artis popular lain bersamanya pada malam itu.
Beliau berkata, "walaupun sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan dilokasi itu, tetapi, dengan pengurusan baru dan cara promosi serta hebahan yang digunakan oleh pihak pengurusan ini, diharapkan akan mendapat sambutan diluarkan jangkaan". Kata-kata beliau selepas melihat perkembangan promosi dan hebahan oleh Alam Gapura Group terutamanya dengan menggunakan kereta promosi yang menjelajah memasuki seluruh pelusuk sekitar Selangor.
Blank Gamma akan mengadakan persembahan pada malam perlancaran Uptown Klang iaitu 16hb Februari 2011 bersama beberapa lagi artis-artis popular yang akan dimaklumkan kelak. Semoga perlancaran semula Uptown Klang ini akan berterusan memberikan impak positif sepanjang perjalanannya kelak kepada semua.

Tuesday, January 25, 2011

Pena Pengarah Urusan 1


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Diam tak diam, hari ini sudah hampir melangkaui 25hb Januari 2011. Perlancaran Uptown Klang semakin dekat menghampiri. Tarikh 16hb Februari 2011 terasa bagaikan akan mudik esuk hari. Sebenarnya, untuk yang tidak mengetahui, pihak kami menjalankan adunan promosi dan hebahan-hebahan perlancaran Uptown Klang ini berdasarkan acuan pengalaman-pengalaman ekspo-ekspo dan karnival-karnival yang telah dan pernah dianjurkan oleh kami sebelum ini.
Pendekatan promosi terus kepada masyarakat-masyarakat dengan menggunakan kereta promosi yang memasuki setiap pelusuk kampung-kampung dilihat oleh pihak kami dapat terus pemberitahuan kepada orang awam bahawa Uptown Klang dibawah versi pengurusan baru akan dilancarkan semula tidak lama lagi. Promosi kereta hebahan ini akan berterusan dan diharapkan menjadi sebagai media hebahan utama kepada semua.
Uptown Klang yang akan dilancarkan ini juga akan mengutamakan pemasaran atau jualan setiap peniaga-peniaga terlibat. Pihak kami akan mengadakan cabutan bertuah setiap bulan bagi menarik minat pengunjung-pengunjung membeli di Uptown Klang. Dengan pembelian Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10), setiap pembeli akan mendapat satu kupon untuk penyertaan cabutan bertuah. Sistem kupon cabutan bertuah ini juga diharapkan oleh pihak kami untuk menjadi sebagai satu cara menilai keupayaan ekonomi setiap peniaga-peniaga terlibat dengan Uptown Klang.
Disamping itu juga, pihak kami mengharapkan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan anak-anak yatim dengan pengwujudan dana atau tabung anak yatim akan memberikan impak positif kepada semua yang terlibat dengan Uptown Klang ini. Konsep perkongsian pendapatan bersama dengan mereka yang memerlukan ini amat diutamakan supaya sentiasa timbul sifat keperihatinan kepada insan-insan yang mengharapkan secebis kasih sayang ini.
Perlaksanaan Uptown Klang ini juga akan sentiasa diwarnai dengan pelbagai persembahan dan program-program yang disusun atur untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Persembahan artis-artis terkenal yang bakal disusun ini diharapkan akan dapat menarik kehadiran pengunjung-pengunjung kelokasi Uptown Klang setiap hari. Selain daripada program berbentuk hiburan, pihak kami juga akan mengadakan program-program berbentuk ilmiah keagamaan dari masa ke semasa....
- bersambung pada coretan akan datang

Sunday, January 23, 2011

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang selangor

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang Selangor (Peyakin) bersetuju untuk bekerjasama didalam pengwujudan Tabung / Dana Anak Yatim. Perbincangan yang telah diadakan bersama Tuan Haji Wan Abd. Hisham Bin Haji Wan Ahmad Tajuddin, Yang Di Pertua Peyakin dan Noor Asmadi Bin Saad, Pengarah Urusan Alam Gapura Group hari ini telah mencapai kata sepakat persefahaman kerjasama kearah meraikan anak-anak yatim dan miskin untuk menghilangkan rasa terpinggir mereka dengan pelbagai program dan aktiviti-aktiviti di Uptown Klang. 

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang Selangor
KM 3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru
Batu Belah, 41050 Klang, Selangor
Tel / Fax : 03 - 3341 2513

Saturday, January 22, 2011

Saturday, January 15, 2011

Perbincangan Kerjasama Penganjuran Program KapokKing di Uptown Klang

Perbincangan kerjasama penganjuran program guitar akuistik atau guitar kapok iaitu pertandingan KapokKing yang akan diadakan pada 25hb Februari 2011 ini telah dibuat bersama The Guitar & Music Gallery Shah Alam (TG&MGSA) dalam memeriahkan lagi penyertaannya.TG&MGSA ini adalah merupakan diantara sebuah studio dan pusat muzik yang terletak di No. 28A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Ia merupakan cawangan kedua selain di Bangi, Selangor.Semoga perbincangan kerjasama ini akan positif dengan jayanya...
The Guitar & Music Gallery Shah Alam
Tel : 03 - 5511 3057
Fax : 03 - 5511 3057
Email : galeri03@yahoo.com.my
www.myspace.com/galleryguitarampang 

Thursday, January 13, 2011

Uptown Klang (Mutiara Point Business Park)





BERITA BAIK
PELUANG BAGI PENIAGA2 KECIL SERTA USAHAWAN !!!

Kami di ALAM GAPURA GROUP memberi peluang pada anda untuk meniaga 
di UPTOWN KLANG dengan sewa yang agak murah . 

Sewa bulanan serendah RM300 sahaja.
Deposit + Sewaan Awalan 1 + ½ = Ringgit Malaysia Empat Ratus lima Puluh Sahaja (RM450)
TAPAK 10' x 10'
TOTAL permulaan RM450  ( termasuk deposit )

Bayaran Sewaan Adalah Termasuk :-

1)    Kanopi (Pasang Buka Setiap Hari Oleh Pengurusan)
2)    Pembekalan Elektrik Dan Pendawaian Utama Sahaja

Tarikh Mula Perniagaan Dan Perlancaran 16hb Februari 2011 (Rabu) / 13 Rabiulawal 1432

Syarat / Tempoh  Perniagaan

1)    Masa Operasi Perniagaan   - Buka 8.00 Malam  & Tutup 1.00 Pagi
2)    Pembayaran Sewaan Bulanan Ialah Sebelum Lima (5) Haribulan Setiap Bulan
3)    Tempoh Perniagaan Wajib : Tiga (3) Bulan Pertama Tidak Boleh Menarik Diri
4)    Cuti Perniagaan Tidak Boleh Melebihi Tujuh (7) Hari Untuk Setiap Bulan Dan Mesti Mengisi Borang Cuti Yang Disediakan Oleh Pengurusan Sebelum Bercuti.
5)    Cuti Melebihi Tujuh (7) Hari Dalam Sebulan Akan Di Denda Sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5) Sehari Dan Akan Ditolak Daripada Deposit Awalan.
6)    Notis Penamatan Perniagaan Perlu Dibuat Bertulis Sebulan Dari Tarikh Berkaitan Atau Akan Ditolak Deposit Awalan
Pemilihan Lot Berdasarkan Pembayaran Deposit Dahulu Dan Pilih Lot
Jumlah Lot : 50 Lot Sahaja (Tertakluk Kepada Perubahan)
Lain-lain Syarat Adalah Tertakluk Kepada Dan Dalam Perjanjian
JIKA BERMINAT SILA REGISTER DI SINI :-



Wednesday, January 12, 2011

Berminat Menyertai Uptown Klang???

Kepada peniaga serta usahawan yang ingin berniaga di UPTOWN KLANG  boleh isi borang di sini http://alamgapura-group.blogspot.com/p/uptown-klang-register.html

Kepada usahawan-usahawan  ada sebarang persoalanan mengenainya bolehlah menghubungi saya melalui email :-

alamgapura@gmail.com atau alamgapura@ymail.com

Tuesday, January 11, 2011

Music 4 Orphan @ Uptown Klang

Music 4 Orphan ialah satu program yang bakal dijalankan di Uptown Klang setiap bulan bermula dengan perlancarannya nanti. Program ini ialah program mengutip dana atau mendapatkan bantuan kewangan dan meraikan anak-anak yatim khususnya sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Music 4 Orphan adalah melibatkan semua yang terlibat dengan Uptown Klang sama ada di pihak pengurusan, koordinator, usahawan-usahawan, artis-artis terlibat dan pengunjung-pengunjungnya serta rakan-rakan lain dari Armada Jiwa (Malaysia) yang diterajui oleh Bob Ringgo SuriaFM. Satu tabung khas untuk kutipan ini akan diwujudkan di sini. Bagi program pertama, cadangan serahan tabung ini akan diperbincangan dan menjemput Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang Selangor (Peyakin) yang terletak berdekatan tapak Uptown Klang iaitu di KM 3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru, Batu Belah, 41050 Klang, Selangor. Program ini kelak akan dijalankan secara berterusan di Uptown Klang. Diharapkan dengan pengwujudan program ini akan dapat mengurangkan rasa kejauhan dikalangan anak-anak yatim terlibat dengan semua lapisan masyarakat dan sentiasa berfikiran positif bahawa masih ada yang menyayangi dan perihatin kepada mereka disamping menimbulkan keinsafan kepada kita yang mempunyai Permata iaitu Ibu dan Bapa untuk terus berbakti dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka hingga ke akhirnya....

Monday, January 10, 2011

Logo cadangan program Kapok King.

Program Kapok King dicadangkan pada 25hb Februari 2011 di Uptown Klang (Mutiara Point Business Park) . Jurinya ialah dikalangan guitarist2 yang hebat dan berpengalaman dibawakan oleh Bob Ringgo Suria FM dan Armada Jiwa (Malaysia) . Harap bantu kami dengan membuat cadangan logo program ini.

Perbincangan penggisian program-program perlancaran dan penjenamaan semula Uptown Klang

Perbincangan untuk perlancaran semula Uptown Klang (Mutiara Point Business Park) bersama Bobringgo Suriafm, Affendi Zainuddin (Bumi Builder) dan Asmadi Saad (Alam Gapura) hari ini telah berjalan dengan lancar. Turut sama terlibat didalam penjenamaan semula ini ialah Armada Jiwa (Malaysia) . Program pertama dijangkakan bermula pada 16hb Februari 2011 (Rabu) dengan artis terkenal tanahair. Selain daripada itu juga, program pertandingan yang akan diketengahkan ialah Kapok King iaitu pertandingan persembahan guitar kapok yang mana juaranya akan berpeluang merakamkan album (recording) diantara hadiahnya disamping wang tunai dan lain-lain dengan pendaftaran penyertaan serendah RM10 untuk satu penyertaan. Pelbagai program lain telah dipersetujui bersama dan yang paling menarik ialah program Muzik Untuk Anak Yatim. Program ini adalah untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu anak-anak yatim sekitar.

Sunday, January 9, 2011

Battle Of Kapok @ Uptown Klang akan dikelolakan oleh Bob Ringgo Suria FM

Bob Ringgo Dj Radio Suria FM akan mengadakan pertandingan Battle Of Kapok @ Uptown Klang tidak lama lagi. Beliau berkata, program pertandingan ini akan diadakan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru yang berpotensi untuk kemajuan muzik terkini. Pihak kami akan mengadakan perbincangan susulan dengan beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut format, konsep dan lain-lain mengenai program itu.  

Friday, January 7, 2011

Semua artis dialu-alukan Uptown Klang

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Afida Abdul Aziz pro Jack DZull sebab sudi menghubungi pihak kami untuk mengetengahkan kerjasama dan menjadikan Uptown Klang antara lokasi dipilih bagi mempromosikan album ini. Perbincangan susulan akan dibuat untuk persembahan dan lain-lain selepas ini. Diharapkan lebih ramai lagi artis sama ada lama atau baru dapat mengadakan kerjasama bersama pihak kami.

Kereta Hebahan & Promosi Uptown Klang

Kereta hebahan dan promosi Uptown Klang ini akan menjelajahi semua lokasi sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk mempromosikan dan menghebahkan  segala perlaksanaan program dan aktiviti-aktiviti di Uptown Klang sama ada berkaitan pentas atau pun dilokasi berkenaan. Penggunaan kereta promosi ini akan berterusan dan diharapkan mampu merealisasikan impian untuk menarik lebih ramai pengunjung-pengunjung ke Uptown Klang serta dapat memberikan impak yang positif kearah kemajuan perlaksanaan Uptown Klang ini. 

Wednesday, January 5, 2011

Perbincangan Kerjasama Program Perlaksanaan Penjenamaan Uptown Klang

perlaksanaan dan penjenamaan Uptown Klang telah diadakan pada jam 3.00 petang hari ini bersama Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor. Kerjasama ini akan dimaktubkan kelak dengan satu perjanjian persefahaman untuk memberikan impak kearah kemajuan berterusan pembangunan keusahawanan khususnya kepada usahawan-usahawan Uptown Klang.

Monday, January 3, 2011

Joe BPR - Dajjal

Mesyuarat Bersama Usahawan-usahawan Uptown Klang

Mesyuarat bersama Usahawan-usahawan Uptown Klang telah diadakan hari ini pada jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat Uptown Klang. Tujuan ia diadakan ialah untuk memperbincangkan tentang penjenamaan semula Uptown Klang. Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk cadangan konsep penjenamaan yang akan bermula bulan ini. Operasi Uptown Klang akan diberhentikan sementara waktu selama sebulan untuk memberi ruang kepada Bumi Builder Concept Management (Agensi Pengurusan) dan Alam Gapura Group (Koordinator Program) mengadakan promosi dan hebahan untuk perlancaran semula Uptown Klang yang dijangkakan pada 1hb Februari 2011 (Selasa) ini dengan sasaran kehadiran melebihi 3,000 ribu orang. Malam perlancaran juga akan diserikan dengan persembahan artis terkenal negara kita dan seterusnya akan berterusan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dan program bersistematik harian.

Saturday, January 1, 2011

Afee U-TOPIA - Mithali CintaKu

Terima Kasih Bob Ringgo Suria FM

Uptown Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada bro Bob Ringgo Dj Radio Suria FM yang tak pernah jemu untuk menghulurkan bantuan dan memeriahkan penjenamaan Uptown Klang ini. Semoga kerjasama ini tiada noktahnya.
Terima Kasih bro..