Wednesday, January 26, 2011

Persembahan Blank Gamma dan beberapa artis popular pada 16hb Februari 2011

Noor Asmadi Bin Saad (Pengarah Urusan Alam Gapura Group) bersama Blank Gamma
Pertemuan bersama vokalis lagu 'evergreen' Kembang Terhalang dari kumpulan Gamma iaitu Blank semalam mendapat persetujuan untuk beliau mengadakan persembahan pada malam perlancaran semula Uptown Klang bersama pengurusan baru amat positif. Beliau bersetuju untuk memeriahkan lagi perlancaran dan akan membawa beberapa artis-artis popular lain bersamanya pada malam itu.
Beliau berkata, "walaupun sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan dilokasi itu, tetapi, dengan pengurusan baru dan cara promosi serta hebahan yang digunakan oleh pihak pengurusan ini, diharapkan akan mendapat sambutan diluarkan jangkaan". Kata-kata beliau selepas melihat perkembangan promosi dan hebahan oleh Alam Gapura Group terutamanya dengan menggunakan kereta promosi yang menjelajah memasuki seluruh pelusuk sekitar Selangor.
Blank Gamma akan mengadakan persembahan pada malam perlancaran Uptown Klang iaitu 16hb Februari 2011 bersama beberapa lagi artis-artis popular yang akan dimaklumkan kelak. Semoga perlancaran semula Uptown Klang ini akan berterusan memberikan impak positif sepanjang perjalanannya kelak kepada semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.