Tuesday, January 11, 2011

Music 4 Orphan @ Uptown Klang

Music 4 Orphan ialah satu program yang bakal dijalankan di Uptown Klang setiap bulan bermula dengan perlancarannya nanti. Program ini ialah program mengutip dana atau mendapatkan bantuan kewangan dan meraikan anak-anak yatim khususnya sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Music 4 Orphan adalah melibatkan semua yang terlibat dengan Uptown Klang sama ada di pihak pengurusan, koordinator, usahawan-usahawan, artis-artis terlibat dan pengunjung-pengunjungnya serta rakan-rakan lain dari Armada Jiwa (Malaysia) yang diterajui oleh Bob Ringgo SuriaFM. Satu tabung khas untuk kutipan ini akan diwujudkan di sini. Bagi program pertama, cadangan serahan tabung ini akan diperbincangan dan menjemput Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang Selangor (Peyakin) yang terletak berdekatan tapak Uptown Klang iaitu di KM 3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru, Batu Belah, 41050 Klang, Selangor. Program ini kelak akan dijalankan secara berterusan di Uptown Klang. Diharapkan dengan pengwujudan program ini akan dapat mengurangkan rasa kejauhan dikalangan anak-anak yatim terlibat dengan semua lapisan masyarakat dan sentiasa berfikiran positif bahawa masih ada yang menyayangi dan perihatin kepada mereka disamping menimbulkan keinsafan kepada kita yang mempunyai Permata iaitu Ibu dan Bapa untuk terus berbakti dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka hingga ke akhirnya....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.