Thursday, March 31, 2011

Riadah Bersama Ijam Vokalis Silent Stage

Satu perbincangan bersama Ijam Vokalis / 2nd Guitar Kumpulan Silent Stage (Norizam Bin Hussain) telah diadakan pada hari Khamis jam 10.45 malam di Medan Selera Kelana Jaya. Perbincangan yang lebih kepada santai ini adalah sekadar memperbincangkan tentang persembahan J-Rock Band Malaysia yang akan diadakan pada 24hb April 2011 diprogram Karnival Usahawan Malaysia (Hadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor) nanti disamping mewujudkan satu hubungan rapat diantara pihak kami bersama band Silent Stage yang sedang meningkat naik sekarang. 

Saudara Ijam juga adalah merupakan usahawan muda yang menjalankan perniagaan studio muziknya sendiri diatas nama StageLineStudio, beralamat di No. 7, Jalan Puchong Permai 3, Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor. Antara servis-servis yang disediakannya ialah music class, jamming studio, painting, karaoke & system, live band, P.A system dan bermacam-macam lagi. Untuk berurusan dan mengadakan perbincangan berkaitan, Silent Stage hubungilah Ijam.

StageLineStudio
Ijam 017-327 4036
             silentstage@ymail.com

Wednesday, March 30, 2011

Kadar Sewaan Lot Karnival Usahawan Malaysia Dihadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor


Pendaftaran Bermula 11hb Mac 2011 - 20hb April 2011 (Tertakluk Kepada Kekosongan Lot)
Usahawan Memasuki lot Pada 21hb April 2011

Program Karnival Bermula 22/4/2011 - 8/5/2011 (17 Hari)
Jumlah Lot Terhad (30 Lot Sahaja)
Saiz  Lot  Untuk Sewaan Ialah 20' x 20'
* Harga Keseluruhan Sewaan = RM2,000 (Untuk 17 Hari)* Deposit Awal = RM1,000(n) *Baki Dikutip Secara Harian Setiap Hari

+ Bayaran Sewaan Adalah Termasuk Pembekalan Berikut Untuk Setiap Lot:-1) Khemah Bersaiz 20' x 20'     2) 2 Lampu Pendaflour
3) 1 Soket Elektrik     4) 1 Kipas

Pertanyaan Sila Hubungi :- 

017 - 2466587 / 013 - 5135539

* Untuk makluman, perubahan kadar harga sewaan ini adalah disebabkan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan Kompleks Pasaraya Tesco Kuala Selangor kepada beberapa perkara yang menyebabkan pengurangan kepada kos-kos tertentu.

* Segala keputusan atau perubahan adalah tertakluk kepada Agensi Pengurusan
Lihat seterusnya..

Tuesday, March 29, 2011

Senarai Terkini Usahawan Berdaftar Program Uptown Setia Avanue

1.    Faizal Bin Salehuddin                               
2.    Mohd Khairil Bin Mohd Anuar                 
3.    Muhamad Sanusi Bin Mustapha             
4.    Mohd Nahar Bin Mohammed Yusuf       
5.    Zainab Binti Hanapiah
6.    Norizan Binti Naderi                                               
7.    Johari bin Omar                                          
8.    Hasmah Binti Mohamed                            
9.    Ibrahim Bin Peer Mohamed
10. Nor’Aliza Binti Abdul Rahim                     
11. Mohd Zahir Bin Md Nazir                          
12. Mohd Zaidil Akhbar Bin Dali                    
13. Siti Zubaidah Binti Abd Rashid
14. Seri Amar bin Marzuki
15. Nor Shahida Binti Mohd Sharif
Shazally Bin Sulaiman      

Olan - Kenangan Semalam

Thursday, March 24, 2011

Pena Pengarah Urusan 7

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana minda dan jari jemari saya ini masih seiring bersama detik waktu harian kita. Masa dan tarikh semakin dekat untuk perlaksanaan program karnival atau ekspo yang pertama untuk tahun 2011 ini setelah berehat sekian lama dalam penganjuran seumpamanya hampir empat lima bulan.
Karnival Usahawan Malaysia yang pertama ini akan diadakan dihadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor pada 22hb April hingga 8hb Mei 2011 selama tujuh belas (17) hari. Berkampung disana dan seperti biasa, saya akan mula merangka-rangka segala jadual-jadual program pentas berkaitan sebelum mula menghebahkan kepada usahawan-usahawan bagi memenuhkan lot-lot yang diwujudkan. Merencanakan dahulu jadual-jadual persembahan, mendapatkan tarikh yang sesuai dan lain-lain.
Alhamdulillah, komitmen dan kerjasama rakan-rakan artis dan band-band ini tidak mengira baru atau lama dan segalanya, sanggup turut serta untuk memeriahkan program saya tahun ini walaupun bugetnya amatlah rendah, ciput dan lain-lain.
Pada sahabat-sahabat artis dan band-band ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi dan seringkali membantu dalam memeriahkan menghangatkan pentas dalam merealisasikan program saya. Terima kasih, bro Blank GAMMA, Ayie LOEN, Burn MEDIATASI, Yazid SEJATI,  Dwan OLAN, Afee U-TOPIA, Lan A To Z, Jack Dzull, Ikka Razman, dan band-band seperti Gensekii, Silent Stage, L Is In Lurve, Larissa, Anthena, Box For Letters, Brainjelly, Bliz , Kedai 4, Armada Jiwa serta bro Bob Ringgo SuriaFM dan bro Zazs FunkerFM, serta lain-lain dikalangan artis-artis atau band-band yang mungkin saya terlepas namanya,  terima kasih.
Dengan bantuan ini, maka, jadual program pentas sepanjang perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia nanti telah lengkap. Dan yang pasti, mungkin akan bertambah lagi sebab masih ada dikalangan otai-otai rock kapak yang masih belum sempat saya hubungi lagi.
Program pentas kali ini dibawakan oleh saya dengan adunan berbeza. Percampuran pelbagai genre atau jenis muzik ini diharapkan akan dapat menarik lebih ramai kehadiran pengunjung-pengunjung untuk memeriahkan karnival ini.
Pentas saya menampilkan genre rock, rock kapak. Rock Kapak kali ini saya membawa vokalis-vokalis band-band rock kapak yang hebat dengan lagu-lagunya sehingga kini. Pasti banyak dikalangan orang-orang Kuala Selangor rindukan lagu-lagu dari kumpulan-kumpulan rock kapak terkenal suatu ketika dahulu.
Disamping itu juga saya hidangkan mereka dengan alunan-alunan pop dan lain-lain melalui orang lama baru. Dan penampilan band-band tempatan dengan genre muzik terkini iaitu J-Rock Band Malaysia yang sedang meletup sekarang ini. Dan yang pasti, semua yang dibawakan oleh saya ini sedang hangat dicorong-corong radio kini, melalui Hot FM, XFM, FunkerFM dan lain-lain...Semoga semua yang terlibat secara langsung atau tidak mendapat penggisian positifnya tersendiri dan program ini akan berjaya. Amin. 
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Saturday, March 19, 2011

Apa itu Armada Jiwa...



Armada Jiwa merupakan satu pergerakan mempromosikan muzik MALAYSIA yang baru yang merangkumi berbagai genre dan pergerakan yang menjalankan kempen kesedaran dan kemasyarakatan dan Armada Jiwa memerlukan kita untuk meyokong pergerakan ini untuk tahun 2011. Ia juga merangkumi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di seluruh negara dengan membuat persembahan muzik, puisi dan sahsiah berkaitan seni demi memperjuangkan industri muzik baru Malaysia dikalangan masyarakat yang berbilang kaum....

Monday, March 14, 2011

L Is In Lurve - Sempurna

Starscream - Kini

Pena Pengarah Urusan 6

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada saya untuk mengharungi kehidupan ini.Sedar tak sedar sekarang dah 16hb Mac 2011 dah. Cepat sangat masa berlalu. Dah separuh bulan Mac dah.
Perancangan program Uptown Setia Avenue (Setia Alam) masih lagi tertunda akibat jumlah lot belum memenuhi kuota seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Setia Avenue, SP Setia Group. Disamping itu juga ada timbul pelbagai spekulasi dikalangan usahawan-usahawan yang telah mendaftar. Ada yang kecewa, ada yang menunggu dan menunggu, ada yang memahami dan ada pelbagai yang ada seperti macam 'surat khabar'. Macam-macam berita yang ada. bercampur baur membuat jawapan tanpa menghubungi kami atau saya bertanyakan status yang sebenar, kenapa dan mengapa. Bagi yang positif, alhamdulillah kami tidak akan menghampakan mereka. Itu JANJI kami.
Dipihak saya, kami tabah mengharungi segalanya dan penundaan ini sebenarnya amat bagus dipandangan mata hati saya. Saya berpendapat, jika sesuatu 'event' seperti ini (Uptown) atau seumpamanya, tidak boleh dimulakan didalam keadaan yang kelam kabut terutamanya bila jumlah lot yang bilangannya amat kecil.
Bila satu jangkamasa tertentu diambil didalam sesuatu perlaksanaannya, pihak Agensi Pengurusan seperti kami dapat memperkuatkan kerja-kerja promosi, pemasaran, publisiti dan lain-lain semoga ia kekal dan bertahan tanpa goyah seperti Uptown Shah Alam dan lain-lain. Beroperasi sehingga kalau boleh untuk selagi hayat kita semua yang terlibat atau selamanya selagi dikandung badan.
Jumlah bilangan lot disesuatu program amat mempengaruhi perjalanan dan jumlah pengunjung  terutamanya untuk harian. Bayangkan jika kami memanggil artis tersohor sekalipun untuk pembukaannya atau untuk hari-hari biasanya, tetapi peniaga-peniaga hanya ada sepuluh (10) hingga ke dua puluh (20) lot sahaja, apa amplikasinya. Percayalah bahawa selepas itu, pengunjung-pengunjung hanya akan datang bila ada persembahan (show) atau program sahaja selepas itu kerana pilihan barangan tidak mencukupi untuk menarik mereka secara harian malahan bila jumlah lot yang kecil ini beroperasi dirisaukan hanya gah peniaga dilokasi tetapi pengunjungnya kosong. Maka, jangka hayatnya....
Selain daripada itu, untuk melaksanakan sesuatu program seumpamanya kadang-kadang yang licin lancar tiba-tiba akan terganggu atau perlahan dek kerana pelbagai ragam sesetengah pihak yang sengaja atau dengan tidak sengaja atau terpaksa malahan kerana protokol pun atau mereka mempunyai kuasa bagi melambat-lambatkan sesuatu dengan arahan tertentu. Kita yang bernaung dibawah nama peniaga atau usahawan kecil inilah yang menjadi mangsa.
Dan yang pasti, saya yakin, bila dilancarkan sahaja nanti program ini, maka, akan wujudlah satu lagi antara program yang amat disegani oleh semua pesaing-pesaingnya malahan ditakuti jika pihak kami dan usahawan-usahawan terlibat bekerjasama erat demi kemajuan bersama. Amin. 
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Thursday, March 10, 2011

Bliz - Mimpi Yang Mati

Maklumat Karnival Usahawan Malaysia



Pendafaran Bermula 11hb Mac 2011 - 20hb April 2011 (Tertakluk Kepada Kekosongan Lot)
Usahawan Memasuki lot Pada 21hb April 2011
Taklimat Keusahawanan 21hb April 2011 - 10 malam

Program Karnival Bermula 22/4/2011 - 8/5/2011 (17 Hari)

Jumlah Lot Terhad (30 Lot Sahaja)

Saiz-saiz  Lot  Untuk Sewaan
 Saiz 20' x 20'
* Harga Keseluruhan Sewaan = RM2,000 (Untuk 17 Hari)
* Deposit Awal = RM1,000
*Baki Dikutip Secara Harian


+ Bayaran Sewaan Adalah Termasuk Pembekalan Berikut Untuk Setiap Lot:-
1) Khemah Bersaiz 20' x 20'
2) 2 Lampu Pendaflour
3) 1 Soket Elektrik
4) 1 Kipas

Pertanyaan Sila Hubungi :- 

Admin : 017 - 2466587

Asmadi : 013 - 5135539
 

* Segala keputusan atau perubahan adalah tertakluk kepada Agensi Pengurusan
Lihat seterusnya..

Tuesday, March 8, 2011

Pena Pengarah Urusan 5

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mempermudahkan cara dan segalanya perancangan yang telah saya buat serta lakukan ini. Alhamdulillah syukur....
Terharu bila memikirkan bahawa, dalam keadaan kini yang sentiasa ditekan, dikutuk dan segalanya yang berkaitan negatif dilemparkan oleh sesetengah orang khususnya dikalangan orang-orang kita sendiri (Melayu) bila saya mengetengahkan idea dan perancangan untuk mengadakan sesuatu demi kemajuan bersama. Namun masih ada orang-orang bangsa lain yang sentiasa membantu dalam merealisasikan program untuk kita ini. Kenapa demikian, padahal kita bukannya memburukkan mereka. Kita membuat rancangan kita tersendiri dengan adunan dan acuan kita. Bukannya mencilok dari kotak minda mereka. Sebenarnya, itulah minda yang kita cuba ubah-ubahkan ini. Memang bukan semuanya begitu tetapi yang sedikit inilah umpama nila setitik.
Perancangan program Uptown Setia Avenue (Setia Alam) dan Karnival Usahawan Malaysia (KUM) sudah sampai ke fasa akhir perlaksanaannya. Terima kasih kepada SP Setia, MPP Zon 21 dan Ahli Majlis Setia Alam. Terima Kasih kepada Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pengurus Kompleks Pasaraya Tesco Kuala Selangor. Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Setia Alam dan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kearah perlaksanaannya khususnya usahawan-usahawan yang tak jemu-jemu membantu mempromosikan, menceritakan dan membawa rakan-rakan usahawan datang mendaftar. Semoga kerjasama ini berterusan hingga ke akhirnya seperti motto peribadi saya..... Dari Usahawan Kepada Usahawan Kearah Pembangunan Keusahawanan... semoga impian dan niat dari hati kecil ini dirahmati olehNYA.
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

Tonawarna - Kehidupan Belum Pasti

Pasaraya Tesco Kuala Selangor memberikan sokongan perlaksanaan program Karnival Usahawan Malaysia

Perbincangan Bersama Encik Mohamed Roslan Bin Abdul Rahman, Pengurus Kompleks Tesco Kuala Selangor
Perbincangan bersama pihak Pasaraya Tesco Kuala Selangor hari ini, 8hb Mac 2011, jam 2.30 petang bersama Encik Mohamed Roslan Bin Abdul Rahman, Pengurus Kompleks Pasaraya Tesco Kuala Selangor amat positif dan mendapat sokongan yang amat baik daripada beliau. Ini adalah kerana Pengurusan Pasaraya Tesco Kuala Selangor amat mengalu-ngalukan program-program yang berbentuk komuniti dan kemasyarakatan khususnya untuk rakyat setempat Kuala Selangor seperti yang direncanakan oleh Alam Gapura Group ini.
Alam Gapura Group akan menjalankan Karnival Usahawan Malaysia diperkarangan hadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor pada 22hb April sehingga 8hb Mei 2011. Jangkamasa 17 hari perlaksanaannya akan dipenuhkan dengan pelbagai program-program yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Ini adalah lokasi pertama untuk perlaksanaan seumpamanya oleh pihak Alam Gapura Group di Negeri Selangor dan pihak Pengurusan Pasaraya Tesco Kuala Selangor telah pada dasarnya memberikan sokongan padu kepada perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia ini.
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
 

Tuesday, March 1, 2011

Ani Mayuni - Terang Bulan

Leon - Saling Merindu

Karnival Usahawan Malaysia 2011 Akan Dimulakan Di Kuala Selangor..


Perlaksanaan program Karnival Usahawan Malaysia tahun ini akan dimulakan di sekitar bandar Kuala Selangor dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti dan program bersistematik untuk merealisasikannya dengan lebih jitu demi kemajuan kearah pembangunan keusahawanan. Karnival Usahawan Malaysia ini mengetengahkan konsep sedia ada ekspo atau karnival  yang dipopularkannya disekitar utara Negara kita sebelum ini oleh Alam Gapura Group terutamanya untuk perniagaan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Program ini khususnya kepada mereka yang baru cuba menjinakkan diri didalam keusahawanan. Konsep ini mempunyai potensi yang amat besar bagi menukar persepsi serta mampu mencetuskan satu fenomena baru bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk memenuhi dan mengimarahkan Karnival Usahawan Malaysia ini.
Perlaksanaan program adalah berbentuk riadah kekeluargaan dengan kepelbagaian program bersistematik yang bakal diisi ini akan menjadi satu landasan dalam keberkesanan program Karnival Usahawan Malaysia ini. Alam Gapura Group Sdn. Bhd. akan bertindak sebagai badan pengelola yang akan mentadbir dan menguruskan serta memberi khidmat nasihat kearah peningkatan jumlah jualan dan memberi publisiti yang lebih meluas untuk menarik lebih ramai pengunjung berdasarkan pengalaman sedia ada dilihat mampu merealisasikannya sebagai satu lokasi yang bakal berjaya kelak bersesuaian dengan konsepnya.
     Karnival Usahawan Malaysia akan menjadi pusat sehenti serta menjadi tempat persingahan untuk bersantai dan istirehat kepada semua golongan disamping kepelbagaian barangan dan produk kelak yang boleh didapati disini. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Azahari Bin Sairin, Setiausaha, Majlis Daerah Kuala Selangor kerana menyokong dan memberikan dorongan positif kepada program ini. Tarikh perlaksanaan program ialah pada 22hb April 2011 sehingga 8hb Mei 2011 iaitu selama 17 hari


·