Tuesday, March 1, 2011

Karnival Usahawan Malaysia 2011 Akan Dimulakan Di Kuala Selangor..


Perlaksanaan program Karnival Usahawan Malaysia tahun ini akan dimulakan di sekitar bandar Kuala Selangor dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti dan program bersistematik untuk merealisasikannya dengan lebih jitu demi kemajuan kearah pembangunan keusahawanan. Karnival Usahawan Malaysia ini mengetengahkan konsep sedia ada ekspo atau karnival  yang dipopularkannya disekitar utara Negara kita sebelum ini oleh Alam Gapura Group terutamanya untuk perniagaan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Program ini khususnya kepada mereka yang baru cuba menjinakkan diri didalam keusahawanan. Konsep ini mempunyai potensi yang amat besar bagi menukar persepsi serta mampu mencetuskan satu fenomena baru bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk memenuhi dan mengimarahkan Karnival Usahawan Malaysia ini.
Perlaksanaan program adalah berbentuk riadah kekeluargaan dengan kepelbagaian program bersistematik yang bakal diisi ini akan menjadi satu landasan dalam keberkesanan program Karnival Usahawan Malaysia ini. Alam Gapura Group Sdn. Bhd. akan bertindak sebagai badan pengelola yang akan mentadbir dan menguruskan serta memberi khidmat nasihat kearah peningkatan jumlah jualan dan memberi publisiti yang lebih meluas untuk menarik lebih ramai pengunjung berdasarkan pengalaman sedia ada dilihat mampu merealisasikannya sebagai satu lokasi yang bakal berjaya kelak bersesuaian dengan konsepnya.
     Karnival Usahawan Malaysia akan menjadi pusat sehenti serta menjadi tempat persingahan untuk bersantai dan istirehat kepada semua golongan disamping kepelbagaian barangan dan produk kelak yang boleh didapati disini. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Azahari Bin Sairin, Setiausaha, Majlis Daerah Kuala Selangor kerana menyokong dan memberikan dorongan positif kepada program ini. Tarikh perlaksanaan program ialah pada 22hb April 2011 sehingga 8hb Mei 2011 iaitu selama 17 hari


·    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.