Tuesday, March 8, 2011

Pasaraya Tesco Kuala Selangor memberikan sokongan perlaksanaan program Karnival Usahawan Malaysia

Perbincangan Bersama Encik Mohamed Roslan Bin Abdul Rahman, Pengurus Kompleks Tesco Kuala Selangor
Perbincangan bersama pihak Pasaraya Tesco Kuala Selangor hari ini, 8hb Mac 2011, jam 2.30 petang bersama Encik Mohamed Roslan Bin Abdul Rahman, Pengurus Kompleks Pasaraya Tesco Kuala Selangor amat positif dan mendapat sokongan yang amat baik daripada beliau. Ini adalah kerana Pengurusan Pasaraya Tesco Kuala Selangor amat mengalu-ngalukan program-program yang berbentuk komuniti dan kemasyarakatan khususnya untuk rakyat setempat Kuala Selangor seperti yang direncanakan oleh Alam Gapura Group ini.
Alam Gapura Group akan menjalankan Karnival Usahawan Malaysia diperkarangan hadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor pada 22hb April sehingga 8hb Mei 2011. Jangkamasa 17 hari perlaksanaannya akan dipenuhkan dengan pelbagai program-program yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Ini adalah lokasi pertama untuk perlaksanaan seumpamanya oleh pihak Alam Gapura Group di Negeri Selangor dan pihak Pengurusan Pasaraya Tesco Kuala Selangor telah pada dasarnya memberikan sokongan padu kepada perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia ini.
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
Lokasi Perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.