Tuesday, March 8, 2011

Pena Pengarah Urusan 5

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mempermudahkan cara dan segalanya perancangan yang telah saya buat serta lakukan ini. Alhamdulillah syukur....
Terharu bila memikirkan bahawa, dalam keadaan kini yang sentiasa ditekan, dikutuk dan segalanya yang berkaitan negatif dilemparkan oleh sesetengah orang khususnya dikalangan orang-orang kita sendiri (Melayu) bila saya mengetengahkan idea dan perancangan untuk mengadakan sesuatu demi kemajuan bersama. Namun masih ada orang-orang bangsa lain yang sentiasa membantu dalam merealisasikan program untuk kita ini. Kenapa demikian, padahal kita bukannya memburukkan mereka. Kita membuat rancangan kita tersendiri dengan adunan dan acuan kita. Bukannya mencilok dari kotak minda mereka. Sebenarnya, itulah minda yang kita cuba ubah-ubahkan ini. Memang bukan semuanya begitu tetapi yang sedikit inilah umpama nila setitik.
Perancangan program Uptown Setia Avenue (Setia Alam) dan Karnival Usahawan Malaysia (KUM) sudah sampai ke fasa akhir perlaksanaannya. Terima kasih kepada SP Setia, MPP Zon 21 dan Ahli Majlis Setia Alam. Terima Kasih kepada Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pengurus Kompleks Pasaraya Tesco Kuala Selangor. Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Setia Alam dan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kearah perlaksanaannya khususnya usahawan-usahawan yang tak jemu-jemu membantu mempromosikan, menceritakan dan membawa rakan-rakan usahawan datang mendaftar. Semoga kerjasama ini berterusan hingga ke akhirnya seperti motto peribadi saya..... Dari Usahawan Kepada Usahawan Kearah Pembangunan Keusahawanan... semoga impian dan niat dari hati kecil ini dirahmati olehNYA.
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.