Thursday, March 31, 2011

Riadah Bersama Ijam Vokalis Silent Stage

Satu perbincangan bersama Ijam Vokalis / 2nd Guitar Kumpulan Silent Stage (Norizam Bin Hussain) telah diadakan pada hari Khamis jam 10.45 malam di Medan Selera Kelana Jaya. Perbincangan yang lebih kepada santai ini adalah sekadar memperbincangkan tentang persembahan J-Rock Band Malaysia yang akan diadakan pada 24hb April 2011 diprogram Karnival Usahawan Malaysia (Hadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor) nanti disamping mewujudkan satu hubungan rapat diantara pihak kami bersama band Silent Stage yang sedang meningkat naik sekarang. 

Saudara Ijam juga adalah merupakan usahawan muda yang menjalankan perniagaan studio muziknya sendiri diatas nama StageLineStudio, beralamat di No. 7, Jalan Puchong Permai 3, Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor. Antara servis-servis yang disediakannya ialah music class, jamming studio, painting, karaoke & system, live band, P.A system dan bermacam-macam lagi. Untuk berurusan dan mengadakan perbincangan berkaitan, Silent Stage hubungilah Ijam.

StageLineStudio
Ijam 017-327 4036
             silentstage@ymail.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.