Thursday, March 24, 2011

Pena Pengarah Urusan 7

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana minda dan jari jemari saya ini masih seiring bersama detik waktu harian kita. Masa dan tarikh semakin dekat untuk perlaksanaan program karnival atau ekspo yang pertama untuk tahun 2011 ini setelah berehat sekian lama dalam penganjuran seumpamanya hampir empat lima bulan.
Karnival Usahawan Malaysia yang pertama ini akan diadakan dihadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor pada 22hb April hingga 8hb Mei 2011 selama tujuh belas (17) hari. Berkampung disana dan seperti biasa, saya akan mula merangka-rangka segala jadual-jadual program pentas berkaitan sebelum mula menghebahkan kepada usahawan-usahawan bagi memenuhkan lot-lot yang diwujudkan. Merencanakan dahulu jadual-jadual persembahan, mendapatkan tarikh yang sesuai dan lain-lain.
Alhamdulillah, komitmen dan kerjasama rakan-rakan artis dan band-band ini tidak mengira baru atau lama dan segalanya, sanggup turut serta untuk memeriahkan program saya tahun ini walaupun bugetnya amatlah rendah, ciput dan lain-lain.
Pada sahabat-sahabat artis dan band-band ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi dan seringkali membantu dalam memeriahkan menghangatkan pentas dalam merealisasikan program saya. Terima kasih, bro Blank GAMMA, Ayie LOEN, Burn MEDIATASI, Yazid SEJATI,  Dwan OLAN, Afee U-TOPIA, Lan A To Z, Jack Dzull, Ikka Razman, dan band-band seperti Gensekii, Silent Stage, L Is In Lurve, Larissa, Anthena, Box For Letters, Brainjelly, Bliz , Kedai 4, Armada Jiwa serta bro Bob Ringgo SuriaFM dan bro Zazs FunkerFM, serta lain-lain dikalangan artis-artis atau band-band yang mungkin saya terlepas namanya,  terima kasih.
Dengan bantuan ini, maka, jadual program pentas sepanjang perlaksanaan Karnival Usahawan Malaysia nanti telah lengkap. Dan yang pasti, mungkin akan bertambah lagi sebab masih ada dikalangan otai-otai rock kapak yang masih belum sempat saya hubungi lagi.
Program pentas kali ini dibawakan oleh saya dengan adunan berbeza. Percampuran pelbagai genre atau jenis muzik ini diharapkan akan dapat menarik lebih ramai kehadiran pengunjung-pengunjung untuk memeriahkan karnival ini.
Pentas saya menampilkan genre rock, rock kapak. Rock Kapak kali ini saya membawa vokalis-vokalis band-band rock kapak yang hebat dengan lagu-lagunya sehingga kini. Pasti banyak dikalangan orang-orang Kuala Selangor rindukan lagu-lagu dari kumpulan-kumpulan rock kapak terkenal suatu ketika dahulu.
Disamping itu juga saya hidangkan mereka dengan alunan-alunan pop dan lain-lain melalui orang lama baru. Dan penampilan band-band tempatan dengan genre muzik terkini iaitu J-Rock Band Malaysia yang sedang meletup sekarang ini. Dan yang pasti, semua yang dibawakan oleh saya ini sedang hangat dicorong-corong radio kini, melalui Hot FM, XFM, FunkerFM dan lain-lain...Semoga semua yang terlibat secara langsung atau tidak mendapat penggisian positifnya tersendiri dan program ini akan berjaya. Amin. 
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.