Thursday, February 24, 2011

Mesyuarat Penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21

Mesyuarat berkenaan perlaksanaan penjenamaan Uptown Setia Alam bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 telah diadakan hari ini 24hb Februari 2011, jam 9.00 malam bertempat di Balai Polis Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Turut hadir ialah YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA), Encik Lim Kwan Meng (P.A Ahli Majlis Zon 21), Encik Tan Chee Keong (MPP Zon 21 / Nazir Sekolah), Kopral Ramli (wakil Sarjan Azami), Cik Siti Norsya Bt Mudzir PTO MPP dan semua Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk.
Mesyuarat ini telah mencadangkan lokasi ditukarkan bersebelahan Pasaraya Tesco Setia Alam (Setia Avenue) diatas beberapa sebab seperti kemudahan-kemudahan untuk pengguna dan lain-lain berkaitan. Lokasi yang dicadangkan ini juga adalah satu kawasan berturap tar yang mempunyai bangunan-bangunan moden.
Lokasi berkaitan yang berjauhan dari kawasan penempatan atau penduduk telah diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk mengadakan pelbagai jenis persembahan pentas dan lain-lain tanpa sekatan yang ketat malahan dimaklumkan juga bahawa lokasi berkenaan dalam proses mewujudkan pub-pub dan pusat hiburannya yang lain. Program ini juga kelak akan diadakan secara bekerjasama dan dibantu oleh MPP Zon 21 dan Polis DiRaja Malaysia kearah keberjayaannya kelak seperti saranan oleh Ahli Majlisnya.
Terima kasih kepada YBhg. Encik Ang Leng Kiat (Ahli Majlis MBSA) dan MPP Zon 21 kerana telah memberikan ruang kepada pihak kami untuk merealisasikan Uptown Setia Alam ini demi Kearah Pembangunan Keusahawanan ini. Terima Kasih.











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.