Sunday, April 10, 2011

Perbincangan Kerjasama Bersama MNS Event & Services

Perbincangan bersama saudara Mohammad Bin Busu, Event Coordinator yang lebih dikenali sebagai Gadget Buruk didalam ruangan Facebook dan rakan-rakan Malaysian Rock Kapak Fan Club (MRKFC) telah diadakan pada 10hb April 2011 di MRKFC Music House, No.38A, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor pada jam 10.00 malam telah mewujudkan satu ruang kerjasama dalam pelbagai perkara kearah kemajuan bersama.
Hari dari perbincangan ini, MNS Event & Services akan membekalkan backline berkaitan bagi tujuan persembahan pentas yang bakal diadakan di Karnival Usahawan Malaysia, Hadapan Pasaraya Tesco Kuala Selangor pada 22hb April 2011 hingga 8hb Mei 2011 nanti. Pihak beliau yang berpengalaman luas didalam penganjuran terutamanya dari segi persembahan pentas berkaitan rock ini diharapkan akan memberikan impak yang maksimum kepada perlaksanaan program ini. Selain daripada itu juga, pihak beliau juga menyediakan peralatan ini untuk disewakan dan servis seperti studio jamming, back line / live band, dj & emcee, p.a. system, karaoke system, sound & lighting system, konsultan acara dan segala yang berkaitan acara dan program-program. Beliau boleh dihubungi melalui 012-9916067 atau email : ragnedcrew@yahoo.com.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.