Friday, July 1, 2011

Pena Pengarah Urusan 8

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana minda dan jari jemari saya ini masih seiring bersama detik waktu harian kita. Sedar tak sedar, sudah tiga Karnival berjalan disekitar Negeri Selangor. Bermula dengan Tesco Kuala Selangor, Carrefour Shah Alam dan semalam berakhirnya Karnival usahawan @ Tesco Puchong.
Walaupun terpukul dengan kegagalan sambutan di Karnival usahawan @ Carrefour Shah Alam, usahawan-usahawan masih bersama berjuang bersama saya dan akhirnya, akhirnya, alhamdulillah di Tesco Puchong kebanyakkan usahawan-usahawan dapat tersenyum lebar tiada gundah. Berjaya!!! Terima kasih kepada usahawan-usahawan yang yakin dengan kerja saya yang banyak dibantu oleh Admin saya, Aja Admin. Terima kasih.
Alhamdulillah, komitmen dan kerjasama rakan-rakan artis dan band-band ini tidak mengira baru atau lama dan segalanya, sanggup turut serta untuk memeriahkan program saya tahun ini walaupun bugetnya amatlah rendah, ciput dan lain-lain.
Pada sahabat-sahabat artis dan band-band ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi dan seringkali membantu dalam memeriahkan menghangatkan pentas dalam merealisasikan program saya
Semoga semua yang terlibat secara langsung atau tidak mendapat penggisian positifnya tersendiri dan program ini akan berjaya dengan satu kerjasama erat antara kami + Usahawan + Band & Artis. Jumpa di Karnival Usahawan (Ramadhan) kelak. Amin. 
Terima Kasih.
- bersambung pada coretan akan datang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.