Thursday, December 6, 2012

Program Uptown Shah Alam Karaoke Talent akan diadakan pada 26hb Januari 2013 dipentas Uptown Shah Alam.


1. Pertandingan karaoke ini dinamakan Uptown Shah Alam Karaoke Talent 

2. Pertandingan ini dianjurkan oleh Alam Gapura Group Sdn. Bhd.

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a. Pertandingan ini terbuka kepada semua.

b. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 30.00.

c. Penyertaan adalah dikalangan amatur sahaja dan belum pernah merakamkan suara dengan mana-mana syarikat rakaman album samada di dalam atau di luar negara.

d. Pertandingan dijalankan secara SOLO dan hanya TERBUKA kepada sesiapa yang berminat

e. Peserta bebas memilih sebarang lagu samada dalam Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris

f. Peserta digalakkan untuk membawa VCD/CD/Minus One SENDIRI bagi kegunaan semasa pertandingan dan peserta yang tidak membawa VCD/CD/Minus One boleh memilih lagu yang disediakan oleh pihak penganjur (lagu terhad).

g. Giliran Peserta yang akan mengambil bahagian akan ditentukan oleh pihak penganjur.

h. Peserta hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian serta tidak menjolok mata.

i. Penyertaan maksimum kepada 50 peserta terawal.

j. Pertandingan akan dijalankan pada 26hb Januari 2013 bertempat di Uptown Shah Alam, bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.00 malam.

k. Setiap keputusan Juri adalah MUKTAMAD dan sebarang perubahan adalah hak penganjur.

4. Sistem PERMARKAHAN & Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada: 

i. Mutu suara / vokal - 40 markah

ii. Tempo - 30 markah

iii. Lirik - 10 markah iv. Pakaian - 10 markah

v. Persembahan - 10 markah

5. HADIAH

i. Tempat Pertama - RM 500 + Sijil

ii. Tempat Kedua - RM 300 + Sijil 

 iii. Tempat Ketiga - RM 200 + Sijil

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.