Monday, July 29, 2013

BumiKiosk - Ruang perniagaan untuk sewaan bermula 1hb September 2013 dihadapan Pasaraya Giant Seksyen 7, Shah Alam





Masa operasi perniagaan iaitu masa pembukaan dan penutupan ialah pada 9.00 pagi -10.00 malam setiap hari (atau lain-lain akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan) - Wajib.

Bayaran penuh sewa bulanan RM1,000.00 & deposit RM1,000.00 mesti dibayar secara tunai kepada kami selepas peniaga bersetuju untuk menyewa ruang promosi BumiKiosk dan dibayar sebelum memasuki tapak berkenaan.

Kebersihan ruang promosi BumiKiosk perlu dikekalkan pada setiap masa dan kos penggantian barang-barang yang rosak atau hilang ditanggung oleh peniaga sendiri.

Paparan atau Susunan Barangan - perlu kemas, Pelbagai, menarik dan lampu (jika ada) dihidupkan pada setiap masa kecuali pada siang hari.

Kawasan Susun Atur Barangan - mesti berada dalam kawasan ruang promosi yang disediakan.

Ruang promosi tidak dibenarkan berpindah ke lokasi lain.
Penggunaan kelengkapan / peralatan (contohnya fryer, kipas, tong sampah, lampu, peralatan audio / visual, dan lain-lain) tambahan - perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan.
  
Tambahan produk dagangan / barangan yang berlainan daripada yang diluluskan oleh pihak pengurusan hanya dibenarkan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak pengurusan.

Barangan cetak rompak adalah dilarang sama sekali.

Keselamatan Barangan - peniaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas barangan mereka sendiri.

Peniaga / kakitangan mesti memakai berpakaian kemas pada setiap masa.

Merokok, makan dan minum tidak dibenarkan di kawasan promosi.

Peniaga dan / atau wakil-wakil mereka, pekerja dan / atau ejen tidak boleh terlibat dalam apa-apa tingkah laku yang tidak boleh diterima dari segi moral seperti berpeluk dan bercium dikawasan promosi.

TIDAK DIBENARKAN mengambil pekerja asing tanpa permit kerja. Pengurusan mempunyai hak untuk menamatkan penyewaan dengan segera dan membatalkan Deposit yang dibayar seperti yang dipersetujui akibat ganti rugi kepada pemilik kompleks.



AMBIL PERHATIAN BAHAWA:



PENGURUSAN MEMPUNYAI HAK / KUASA, DARI MASA KE SEMASA, MENAMBAH, MENGUBAH, MEMOTONG ATAU MENGANTIKAN MANA-MANA PERATURAN BERKAITAN.

PENGURUSAN BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PELANGGARAN SEBARANG PERATURAN OLEH PENIAGA. TINDAKAN TERSEBUT TIDAK AKAN TERHAD KEPADA MENOLAK DEPOSIT DAN / ATAU PENAMATAN PERJANJIAN PROMOSI DENGAN PENIAGA.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.