Monday, January 10, 2011

Perbincangan penggisian program-program perlancaran dan penjenamaan semula Uptown Klang

Perbincangan untuk perlancaran semula Uptown Klang (Mutiara Point Business Park) bersama Bobringgo Suriafm, Affendi Zainuddin (Bumi Builder) dan Asmadi Saad (Alam Gapura) hari ini telah berjalan dengan lancar. Turut sama terlibat didalam penjenamaan semula ini ialah Armada Jiwa (Malaysia) . Program pertama dijangkakan bermula pada 16hb Februari 2011 (Rabu) dengan artis terkenal tanahair. Selain daripada itu juga, program pertandingan yang akan diketengahkan ialah Kapok King iaitu pertandingan persembahan guitar kapok yang mana juaranya akan berpeluang merakamkan album (recording) diantara hadiahnya disamping wang tunai dan lain-lain dengan pendaftaran penyertaan serendah RM10 untuk satu penyertaan. Pelbagai program lain telah dipersetujui bersama dan yang paling menarik ialah program Muzik Untuk Anak Yatim. Program ini adalah untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu anak-anak yatim sekitar.

2 comments:

  1. pertandingan gitar kapok 2 cam ne?maen sowang2x je ke or ngn group . .

    ReplyDelete
  2. Terpulang kepada peserta sama ada nak solo atau group...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.